5/31/2010

CHOO KEONG VS ANWAR - MP WANGSA MAJU TERUS SERANG ANWAR!!!

Ingat lagi pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan lompat sertai pembangkang tawan Putrajaya ikut pintu belakang?

Ketua Pembangkang itu juga dakwa kata ada surat perakuan ahli parlimen itu tetapi semuanya temberang kerana apabila tiba 16 September, tak ada seorangpun ahli parlimen BN lompat parti. Anwar dan geng-gengnya dalam DAP dan PAS putih mata. Rakyat dalam dan luar negara pula kena tipu bulat-bulat.

Sebab itu Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengulangi kisah 16 September bagi menunjukkan Anwar sekali lagi cuba temberang kononnya akan dedahkan wakil rakyat PKR yang keluar parti terima habuan kontrak dan jadi jutawan.

Mengenali Anwar kata Wee amat mudah kerana jika Ketua Umum PKR itu ada maklumat itu, beliau tidak akan simpan lama-lama dan lebih baik mendedahkannya untuk menarik perhatian umum.

Pesan Wee yang pernah berada bersama DAP dan PKR, kepada Anwar, “Jangan tuduh orang suka-suka. Masa dalam parti (bersama PKR) semua ok…bagaimana jahatpun OK. Little Napoleons dan Fir’aun-Fir’aun Kecil pun OK asalkan dapat capai matlamat terakhir tawan Putrajaya,”.

Pesan beliau lagi, lebih baik Anwar selesaikan kes dakwaan liwatnya di mahkamah terlebih dahulu daripada bercakap mengarut untuk raih simpati rakyat. Sebagai seorang peguam, Wee turut hairan mengapa kes itu kerap tertangguh dan macam-macam alasan dibangkitkan peguam ahli parlimen Permatang Pauh itu.

“Sudah lebih 20 tahun saya jadi peguam, tak ada kes pelik macam ini. Kalau orang tak bersalah, mereka cepat-cepat nak selesaikan kes,” katanya yang menghubungi Agendadaily.

Bagi Wee adalah lebih baik kes itu diselesaikan dan jika Anwar tidak bersalah, bolehlah beliau bercakap ‘dirinya bersih’ dan rakyat boleh terima apa dikatakannya.

Diminta mengulas mengenai tuduhan Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudidn bahawa wakil rakyat atau ahli PKR yang keluar atau lompat parti adalah mereka yang terencat akal atau syndrom down, Wee ketawa panjang.

Kalau macam itu katanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun ada syndrome down sebab beliau pernah bersama BN pada 1974 dan bertanding atas lambang sama. Lagi berat katanya, Anwar, Saifuddin Nasution, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Zaid Ibrahim dan ramai lagi pernah bersama UMNO dan sekarang mereka keluar atau lompat masuk PKR.

“Maknanya mereka juga terencat akal macam kata Zuraidah,” sindir Wee. Kesimpulannya kata Wee lagi, Anwar dan PKR semakin terdesak dengan memberi macam-macam tuduhan untuk mengelirukan rakyat.

“Ini ciri-ciri parti dan pemimpin desperado yang perjalanan ke Putrajaya semakin jauh berbanding ke Sungai Buloh,” kata Wee yang meninggalkan PKR baru-baru ini.


5/24/2010

PUISI PAS WANGSA MAJU... - "CHOO KEONG, KAU HEROKU"


DULU...
KETIKA PILIHANRAYA UMUM 12...
PAS DAN PKR WANGSA MAJU MENJULANG NAMA BELIAU...

DULU...
SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 12...
PAS DAN PKR WANGSA MAJU MENGGELAR BELIAU...
PEJUANG RAKYAT WANGSA MAJU...

DULU...
KETIKA HENDAK DIBELA TANAH REZAB MELAYU...
PAS WANGSA MAJU MENJANJIKAN BELIAU MAMPU MEMPERTAHANKANNYA...

DULU...
KETIKA DATO' SHAFEI ABDULLAH DIFITNAH BELIAU...
PAS WANGSA MAJU MENGAPI-APIKAN LAGI FITNAH INI...

DULU...
BELIAU BERKATA UMNO PENGKHIANAT RAKYAT...
PAS WANGSA MAJU SAHUT DENGAN SERUAN ALLAHU AKBAR...


KINI... KINI... KINI...

SEMUANYA HANCUR MUSNAH...
PAS WANGSA MAJU TERGAMAM...
JANJI TERHADAP PENGUNDI TERGADAI...
SERUAN ALLAHU AKBAR ENTAH KE MANA...
HANYA MENDESAK 'HERO' MEREKA LETAK JAWATAN...

BUKANKAH MEREKA YG. TERHEGEH-HEGEH BELA BELIAU DAHULU...?
BUKANKAH MEREKA YG. MENJAMIN KEPIMPINAN BELIAU...?

APA SUDAH JADI???

AKHIRNYA,
SIAPA YG. AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT WANGSA MAJU???

UMNO JUGA.....

BN JUGA...

KERANA KAMI PEJUANG RAKYAT YANG SEBENAR...


Maklumat Lanjut....?

KLIK SINI


5/19/2010

GEMPAR!!! - LAPORAN POLIS SKANDAL CURI PASIR.


GEMPARRRR!!!!! Bekas penyelaras PKR kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok, Azmi Muhammad membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang Rabu meminta disiasat kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin yang didakwanya berbau ugutan terhadap Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam berhubung dengan skandal curi pasir.

Beliau mendakwa kenyataan itu untuk melindungi adik Khalid yang ada kaitan dengan syarikat pasir. Tan Sri Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor merupakan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Khalid Braem kenalah jawab semua persoalan ini. Ker... nak minta tolong DAP... Yelakan, DAP sekarang ni kan memonopoli Pakatan... PAS suda tak boleh pakai...


5/18/2010

DAP KUASAI PAKATAN - PAS TUMPANG GEMBIRA ATAU GILA??

Alhamdulillah, selesai sudah PRK Parlimen Sibu dan menyaksikan DAP merampas kerusi tersebut. Jutaan terima kasih kepada kesemua petugas-petugas BN dan SPR yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Emm... Nampaknya DAP telah berjaya menambah kerusi Parlimen dari 28 kerusi ke 29 kerusi. PKR semakin berkurangan dan kini selesa dengan hanya 24 kerusi sahaja. PAS, maintain 23 kerusi.

Jika kita lihat jumlah kerusi yang dikuasai, ternyata DAP kini semakin selesa dan menguasai Pakatan. PAS pula kini 'menumpang gembira' dengan penguasaan tersebut. Tak apa, Hudud tak laksana tak pa. Asalkan kita menang. Betul tak Nik Aziz?

Inilah yang menggusarkan kita. Apabila DAP yang terkenal dengan sifat 'racist' yang kuat akan cuba menimbulkan ketegangan dengan mempersoalkan pelbagai isu terutamanya Hak Keiistimewaan sesebuah kaum.

Tapi, biasalah. UMNO juga disalahkan. Dikata kita pula yang 'racist'. Walhal melihat kepada usaha murni Datuk Seri Najib Tun Razak menyatupadukan sekalian bangsa begitu kental dengan menubuhkan gagasan 1Malaysia.

Kini suara PAS semakin terhakis. Jangan kata hendak membela Islam, nak sebut Islam pun susah lepas ni. Itu pun tak sedar-sedar. Sanggup bersengkongkol lagi dengan sebuah parti yang pernah menyumpah kamu hanya atas dasar Islam. Memang DAP berjaya menguasai kamu, wahai PAS.

Dahulu pada PRU 10 ketika PAS menguasai Parlimen, DAP sanggup keluar dari Barisan Alternatif kerana PAS asyik menyebut soal Islam di dalam Parlimen. Yelah, sekurang-kurangnya DAP berpegang teguh pada prinsip dan perjuangan mereka. kini, PAS? Apa cerita? Diam membisu?? Hmmm..

Elok sajalah pilih Barisan Nasional. Semua kaum diberi pembelaan. BN sahajalah parti yang membela anak Malaysia.

ps : Anwar, kamu tak malu ka?? PKR da kurang kerusinya. Bila nak letak jawatan Ketua Pembangkang??


5/17/2010

ANWAR MAKAN APA TU????


GAMBAR INI DIRAKAMKAN KETIKA ANWAR IBRAHIM BERKEMPEN DI SIBU.
APAKAH MAKANAN YANG DIHIDANGKAN???
APAKAH HAIWAN YANG DIMAKAN OLEH ANWAR??

PANAS!!!!!

Maklumat lanjut???

KLIK SINI!!!


5/12/2010

UMNO 64 TAHUN - PERJUANGAN KITA!!!

Sempena ulangtahun ke 64 UMNO, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluahkan pengalaman singkatnya bersama seorang pejuang veteran UMNO ketika menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau khas di Dewan Tun Abdul Razak 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Selasa.

Dengan rasa terharunya, Najib menceritakan bagaimana veteran UMNO itu yang berada di sisinya itu datang ke majlis sambutan ulangtahun UMNO dengan menaikki bas dan pulang ke kampung halamannya pada malam ini juga selepas majlis tersebut.

Cerita Najib kepada lebih 2000 orang UMNO yang menghadiri majlis itu:“Saya tanya pejuang veteran ini, bila sampai (sampai ke PWTC).Dia kata, saya baru sampai petang tadi (petang Selasa), saya naik bas untuk datang ke majlis ini.

“Saya tanya dia pulak, bila balik ? Dia kata, lepas majlis ini saya akan balik naik bas juga dan sampai waktu Subuh di tempat saya”

Najib seterusnya berkata, “saya berasa terharu amat sangat bila saya melihat pada air muka pejuang veteran UMNO ini, yang mana kalau nak kata dia hendak sesuatu, dah terlambat untuk dia minta sesuatu, kalau nak jadi sudah pun tak jadi…tetapi bila saya tanya kenapa dia berada di sini, kenapa dia datang naik bas.Dia kata, saya datang semata-mata kerana saya sayang pada parti ini”.

Berlandaskan pada dialognya bersama pejuang veteran UMNO itu, Najib menganggap parti UMNO akan jadi sebuah parti yang dihormati dan disegani sekiranya semangat yang ada pada pejuang veteran UMNO itu ada pada setiap ahli samada yang lama atau baru, generasi angkatan 46 atau angkataN muda hari.

Beliau meminta ahli-ahli UMNO menjadikan contoh pejuang tersebut kerana sikapnya yang sayangkan pada parti UMNO.

“Kerana dia sayang pada UMNO dia sanggup naik bas enam jam untuk hadir pada majlis ini, kerana sayang pada UMNO, kita patut pejuang habis-habisan kerana sayang pada UMNO kita mesti jadi pejuang yang sejati, dekat dihati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” jelasnya.

Najib turut mengingatkan ahli parti bahawa walaupun kini sokongan kepada parti agak meningkat khususnya di kalangan orang Melayu, namun anggota parti tidak boleh menjadikan UMNO dilihat hanya memperjuangkan kelompok tertentu sahaja.

Sebaliknya, beliau berkata UMNO mesti berpaksi kepada kepentingan rakyat jelata yang merupakan kunci kejayaan sesebuah parti politik.

Najib turut mengulangi ingatannya kepada ahli UMNO terhadap punca kejatuhan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang tumbang di tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas 54 tahun memerintah Jepun.

Beliau berkata kisah parti politik itu tetap relevan untuk dijadikan iktibar dalam perjuangan UMNO. "Dalam majlis seperti ini, kita harus mengingatkan diri sebagai parti politik yang sudah wujud dan menjadi pemerintah selama 46 tahun dan melalui 12 pilihan raya umum bahawa UMNO tetap berdepan pelbagai cabaran.

"Oleh itu, kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku pada parti lain yang lebih kurang usianya dengan Umno tetapi hari ini sudah menjadi pembangkang," katanya.

Najib yang menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding sebelum ini, berkata: "Mungkin kepada kita semua, mood dalam UMNO hari ini bertambah, lebih berkeyakinan akan masa depan parti.

"Sekurang-kurangnya kalau kayu pengukurnya pada dua pilihan raya kecil lepas (Bagan Pinang dan Hulu Selangor) jelas menunjukkan orang Melayu, walaupun mungkin tidak semua, sudah kembali kepada UMNO.

"Oleh itu saya merasa syukur segala usaha, perkara yang dimulakan dan segala yang sudah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang lebih meyakinkan. Oleh itu sambutan ulang tahun ke-64 UMNO ini, saya berasa lebih optimis tentang masa depan parti," katanya.

Sebelum itu, Presiden UMNO bersama Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melepaskan 15 orang peserta ekspedisi bermotosikal berkuasa tinggi ke tanah suci Mekah melalui jalan darat dengan tema ‘Kembara ke Bumi Suci 1Malaysia 2010’ di depan Menara Dato’ Onn.

Beliau menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera UMNO kepada ketua ekspedisi Nahrawi Marzoki.

Najib kemudian bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin pelbagai peringkat menunaikan solat Maghrib, membaca surah Yassin, bertahlil dan berdoa selamat untuk arwah pemimpin UMNO yang diketuai oleh bekas Mufti Johor Datuk Noh Gadot.

Manakala sembahyang Isyak diimamkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Najib seterusnya ke Dewan Merdeka untuk majlis menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning.

Selepas menyampaikan ucapan, Najib menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Kelihatan hadir sama di majlis tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Dr Siti Hasmah, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin-pemimpin parti komponen seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden PPP Datuk M. Kaevyeas dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional Sabah dan Sarawak.

(Sumber : Agendadaily)

5/11/2010

PKR PENIPU!!! - BEKAS KETUA PEMUDA PKR SIBU

Ada masanya beliau bergaduh dengan isteri kerana menghabiskan masa bersama rakan-rakan parti. Itu belum ambil kira wang ringgit yang dikorbankan untuk aktiviti parti.

Namun, selepas hampir 11 tahun, Jee Chang Peng, 42, mula sedar bahawa PKR tidak memberi sebarang faedah kepadanya. Peng melihat pemimpin atasan berbalah sesama sendiri dan keadaan parti itu terutama di Sibu sentiasa kucar kacir. Bosan dengan semua itu, Peng, bekas tukang masak mengambil keputusan meninggalkan PKR malam Isnin.

Ketua Pemuda PKR Zon Tengah Sibu itu keluar parti bersama kira-kira 20 ahli parti lain dalam satu majlis di Sibu. Bagaimanapun, beliau belum buat keputusan menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdekat.

Barangkali kerana phobia kerana bersama PKR baginya sesuatu yang tidak mendatngkan faedah. Menurut Peng, sebelum bersama-sama PKR, beliau tidak terbabit mana-mana parti. Ditanya kenapa membuat keputusan ketika pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Peng memberitahu,beliau tidak mahu penduduk dan pengundi Sibu tertipu dengan perjuangan PKR. “Saya hanya kecewa dengan PKR dan pemimpin-pemimpin parti itu yang selalu berbalah pasal jawatan.

Cakap nak buat aktiviti tetapi duit suruh kita sendiri cari,” katanya. Peng berkata, beliau akan membantu berkempen untuk BN memandangkan ramai kenalannnya di kawasan Sibu.


5/10/2010

PAS MUKA TEBAL TOLONG DAP - CERAMAH TAK DAPAT SAMBUTAN!!!


Kasihan tengok nasib pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang berkempen di Sibu. Misalnya di Kampung Hilir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka, jumlah penduduk di situ yang datang dengar ceramah mereka boleh dibilang dengan jari.

Menurut sumber, kehadiran pada ceramah tersebut tidak sampai 30 orang. Paling memalukan, ketika Exco PKR Kerajaan Selangor Yaakob Sapari sedang berceramah, beliau macam cakap sorang-sorang saja kerana penonton yang ada buat tak kisah. Mereka berdiri tepi jalan sambil hisap rokok.

Memanglah ramai tak datang, bosan nak dengar cakap mereka yang selama ini berapi-api menghentam kerajaan. Dr. Hassan Ali dan Sallahuddin Ayob pun ketika sedang tunggu giliran ceramah sudah macam orang mengantuk dan riak mukapun tak ada mood langsung.

Sebelum inipun, dah dengar pengundi-pengundi di Sibu bukan macam diSemenanjung. Mereka bukan ambil kisah sangat pasal orang luar yang datang berceramah di tempat mereka. Lagipun, PKR dan PAS dikatakan tak begitu relevan kepada mereka.

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Bandung, Sabtu malam juga kurang dapat sambutan. Dengar cerita kira-kira 200 orang hadir. Memandangkan banyak orang makan malam di gerai di sekitar tempat itu ia nampak macam ramai.

Seorang jentera kempen pembangkang yang ditemui di situ kedengaran merungut kalau begini boleh jatuh standard Anwar. Cuma Anwar yang bernasib baik kerana kes liwatnya bersambung bicara Isnin, beliau bolehlah mengelak datang berkempen ke Sibu.

Mana agaknya pemimpin PAS dan PKR dari Semenanjung nak letak muka kalau jumlah yang datang dengar ceramah boleh dikira dengan jari ini berterusan. Lagi satu yang menarik, walaupun Wong Ho Leong bertanding, yang buat kerja pasang poster dan bendera calon DAP itu terdiri dari muka-muka Melayu.

5/06/2010

KICKDEFELLA DAKWA PAS BACA HADITH BENARKAN FITNAH?? - YA ALLAH!!!

Astagfirullahal Azim. Apa pula fatwa karut PAS ni. Blogger kesayangan Husam Musa membuat kenyataan bahawa beliau pernah dibacakan sepotong hadith yang membenarkan kita memfitnah musuh kita.

Hadith itu dibacakan bagi meyakinkan Kickdefella bahawa beliau boleh memfitnah kepimpinan Pak Lah dan BN pada masa itu demi meneruskan perjuangan PAS. Ya Allah. Agaknya itu pasal sampai dibayar RM 4juta.. Fitnah punya pasal...

Entahlah. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan PAS.. Terpulanglah pada saudara untuk menilainya. Hmm... Tepuk dada, tanyalah hati anda..
Justify Full

5/04/2010

SULTAN KATA TAK BOLEH POLITIK DI MASJID - NIK AZIZ JAWAB "JENIS BODOH TAK BOLEH DIAJAR"

Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini. Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya. Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik.

Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’.

Baginya kutbah Jumaat adalah sebahagian dari politik Islam. Nik Aziz yang nyata tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor sebagai satu peninggalan penjajah dan ajaran karut.

Sultan Selangor telah menitahkan larangan pengunaan masjid sebagai medan politik semasa kehangatan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar yang diminta oleh wartawan mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu bertanya apakah Menteri Besar Kelantan itu akan patuh atau tidak jika Sultah Kelantan menitahkan peraturan seumpama itu.

Beliau menilai perbuatan Nik Aziz tidak menghormati Sultah Selangor dan undang-undang negeri lain. Katanya kalau tak suka Menteri Besar itu bolehlah pergi ke negeri lain yang masjid boleh dijadikan tempat politik.

Apa pula agaknya komen Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pada kata-kata pedas Nik Aziz itu yang dipercayai melibatkan titah Sultan Selangor?

Perlu difahami bahawa tujuan Sultan Selangor tidak membenarkan masjid digunakan sebagai pentas politik kerana ianya akan memecahbelahkan Islam. Tidak kira PAS mahupun UMNO, apabila berada di masjid kita berada di 1 saf yang sama. Tidak kira apa jua pegangan politik masing-masing.

Sejarah telah membuktikan bahawa beberapa masjid sebelum ini telah berlakunya pertelingkahan lidah di kalangan ahli-ahli politik. Sampaikan pernah difatwakan haram mengimamkan orang yang menyokong UMNO. Haram berjemaah bersama orang UMNO. Membina 2 Masjid di 1 kawasan dek kerana politik. Apa ini semua?

5/03/2010

CELAKO,SYED AZIDI SUDAH MABUK!!! - NIK AZIZ

PAS memang cukup alergik dengan cerita main duit. Parti itu sentiasa mahu namanya kekal harum,bersih lagi suci dan ‘tak berduit’. Atas sebab itu dakwaan terbaru yang hangat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ penulis blog Kickdefella dia diberi peruntukan RM4 juta untuk mengurus operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang menarik untuk diperhatikan.

Reaksi pertama…wow banyaknya duit PAS. Isu besar di sini bukan peruntukan itu tetapi dari langit mana wang itu melimpah turun. Bagi sebuah parti yang mahu mempamerkan dirinya lebih Islam dari orang lain - jika betul - bab duit peruntukan politik begini bukan senang untuk dijawab.
Makanya, tidak hairanlah apabila awal-awal lagi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari cuba merobek kredibiliti Syed Azidi dengan menuduhnya sebagai orang yang kecewa – satu langkah biasa dalam politik untuk menghilangkan keyakinan orangramai pada dakwaannya.

Hairan mengapa beliau tidak ada modal lain untuk melancarkan serangan balas begitu sedangkan satu dunia tahu siapa Syed Azidi sebelum ini. Ahmad Fadhil Shaari mungkin terlupa Syed Azidi sebelum ini rasminya memegang jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehingga dipecat oleh bekas CEO PMBK yakni menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ariffahmi Abdul Rahman.

Sebaliknya, tugas hariannya bukan sangat dengan PMBK. Beliau lapor diri pada Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Ringkas cakap gajinya dibayar PMBK tetapi bekerja dengan Husam.

Syed Azidi yang sebelumnya ahli Blogger United dan menetap di Kuala Lumpur telah berpindah ke Kota Bharu selepas diambil bekerja oleh Husam. Bukanlah rumit untuk selidik bab ini. Cuba singkap balik arkib tulisan di laman blog Kickdefella sebelum dan sesudah pilihanraya umum Mac 2008 yang banyak mengenai Husam.

Juga dulunya di mana ada Husam di situ ada Syed Azidi .Untuk rekod sehari selepas rasmi dipecat dari PMBK Syed Azidi masih kelihatan bersama Husam yang datang ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Malah, Syed Azidi sendiri pernah secara terbuka memberitahu beliau memang ditugaskan dengan Husam walaupun rasminya bertugas di PMBK.Pendedahan ini dibuatnya semasa kehangatan isu dia dipecat dari PMBK.

Kisah macam bidang tugas Syed Azidi ini bukan sesuatu pelik dalam arena politik. Begitu juga halnya dengan gerak saraf terancang menghentam Pak Lah seperti yang didakwa oleh Syed Azidi.Masing-masing parti politik ada silat kuntau tersendiri dan berusaha menembak lawan untuk menang pilihanraya dan sebagainya.

Syed Azidi telah bertukar menjadi senjata makan tuan apabila dia mula mempertikaikan corak pengurusan Ariffahmi sebelum dipecat.

Dari seorang sebelum itu pengkagum Nik Aziz ,isu Ariffahmi telah membuatkan keyakinannya pada kehebatan Tok Guru itu terus luntur. Cubaan Ahmad Fadhli Shaari untuk memperlekeh dan menafikan sumbangan Syed Azidi memang kerja cari nahas.

Sebagai orang yang duduk dalam pengurusan PMBK dan ke hulu ke hilir bersama Husam yang diketahui jeneral politik kesayangan Nik Aziz – siapa yang boleh nafi Syed Azidi tahu banyak perkara?

Bukankah kejatuhan Ariffahmi sebagai CEO PMBK,sekalipun cuba dipertahankan habis-habisan oleh Nik Aziz hasil buah tangan pendedahan demi pendedahan mengenai pengurusan yang mencurigakan dalam PMBK yang dibuatnya dalam laman Kickdefella.

Nik Aziz akhirnya terpaksa tunduk meminta menantunya melepaskan jawatan ‘ atas nasihat’ rombongan pimpinan PAS Pusat diketuai oleh Datuk Seri Haji Awang yang menemui Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya.

Setelah melalui fiasco itu, Musyridul Am PAS itu masih tidak mahu mengaku kelemahannya. Beliau mengambil jalan mudah apabila baru-baru ini mendakwa Syed Azidi terlalu obses untuk menjatuhkannya. Ini sebagai reaksi setelah laman Kickdefella membuat dakwaan mengenai pemberian banyak konsesi balak kepada seorang yang didakwa rapat dengan Nik Aziz.

Laman itu juga menyiarkan sebilangan dokumen untuk menunjukkan bagaimana ia kemudiannya di ‘ alibabakan’. Kini semua orang sedang menanti bila Syed Azidi akan meletupkan bom dengan mendedahkan dari mana sumber wang RM4 juta itu muncul.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang membuat cabaran itu mungkin cukup sedar risiko yang bakal dihadapi dalam membuat kenyataan seumpama itu. Jika betul…adakah RM4 juta itu datang dari sumber rasmi kerajaan negeri? Melihat kepada peraturan biasa kewangan kerajaan rasanya sukar untuk ‘selit’ wang sebanyak itu untuk tujuan kerja politik seperti itu.

Dari bunyi cakap Syed Azidi andaian awal boleh dibuat pasti ada orang yang sedang kepanasan pada kemungkinan dia buka mulut. Sanggupkah pimpinan PAS Kelantan mahupun Pusat tampil ke depan untuk cover Ahmad Fadhli Shaari lebih-lebih lagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mula ambil keterangan mengenai dakwaan itu.

Setakat ini bekas bos politik Syed Azidi yakni Husam baru tampil bersuara menerusi laman blognya.Beliau mendakwa PAS atau mana-mana individu tidak perlu mengeluarkan peruntukan sampai RM4 juta bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Apapun isu di depan mata sekarang dakwaan itu sudah dibuat secara terbuka. Begitu juga halnya dengan cabaran Ahmad Fadhil Shaari dan cakap Husam macam peruntukan itu tidak pernah wujud.

Samada RM1 apalagi RM4 juta – jumlahnya tidak penting tetapi jika betul ia terbukti datang dari sumber yang ‘mencurigakan’ baik Ahmad Fadhil Shaari mahupun Husam kena perah otak segera bagaimana nak cover Nik Aziz yang dakwa Syed Azidi ‘ sudah mabuk dan cakap mengarut’.