4/30/2009

Fairus Muncul Kembali - APA SEBENARNYA AGENDA PKR?



Pada hari pengumuman calon parti PKR begi DUN Penanti, kelibat bekas ADUN, Fairus muncul buat pertama kalinya selepas meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti. Kemunculan ini menghairankan ramai pihak kerana SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bebas dari kes rasuah kuari.


Fairus juga mendakwa ada pakatan dari pihak dalaman PKR yang ingin menjatuhkan beliau. Beliau juga begitu kecewa dengan layanan pilih kasih terhadap beliau kerana tidak dibela sepertimana Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.


Kehadiran Fairus semasa majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seperti orang kata, 'drama telahpun tamat, kini tiba masa untuk mengambil gaji dari pihak penerbit?' Adakah semua ini hanyalah lakonan yang diberikan Fairus sebagai alasan untuk letak jawatan bagi DUN Penanti?

Persoalan yang timbul, Fairus kini bebas dari rasuah kuari dan ianya disahkan oleh SPRM, kenapa perlu juga meletakkan jawatan. Apa alasan kukuh yang mennyebabkan beliau letak jawatan? Alasan untuk melanjutkan pengajian bukan penghalang untuk beliau meneruskan karier dan tanggungjawab sebagai ADUN.

Inikah strategi PKR sebenarnya. Adakah PKR sengaja mahu mengosongkan kerusi DUN Penanti supaya mereka dapat mengalihkan perhatian masyarakat dan kerajaan dari isu-isu yang lebih penting seperti ekonomi dan pembangunan Negara?

Apakah strategi ADUN atau Ahli Parlimen letak jawatan akan dilakukan lagi selepas Fairus?

Stategi ini sengaja dilakukan di kawasan kubu kuat PKR bagi menunjukkan kekuatan mereka dan setelah mereka menang, mereka akan mencanang satu dunia bahawa mereka semakin kuat.


Jangan cuba mempermainkan rakyat dengan budaya meletak jawatan. Apa kamu fikir tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat boleh kamu jadikannya alat untuk permainan politik kamu? Mana perginya sumpah kamu untuk berkhidmat di kawasan kamu?

Tetapi, PKR telah termakan sumpah. PAS Pulau Pinang membuat keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil di Penanti. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Aminah Abdullah juga menawarkan diri untuk menjadi calon bebas bagi menegakkan keadilan di dalam PKR. Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi kerusi tersebut.


Inilah akibat PKR mempermain sumpah mereka terhadap rakyat. Belum sempat berkhidmat sebagai YB, sudah letak jawatan. PAS Permatang Pauh telah mengesan strategi buruk PKR ini. Mereka merasakan strategi PKR salah dan mereka akan tetap meletakkan calon untuk DUN Penanti.


Inilah strategi buruk PKR dikepalai Anwar Ibrahim. Beliau sebenarnya tidak pernah mementingkan rakyat. ADUN menjadi medan permainan politik mereka. Budaya meletak jawatan wakil rakyat sesuka hati mungkin akan dilakukan lagi selepas ini. Mereka lupa bahawa wang untuk diperuntukkan bagi menampung kos pilihanraya adalah wang rakyat.

Itu semua tidak dipedulikan lagi PKR. Yang lebih penting, publisiti murahan dengan mengalihkan perhatian rakyat kerana khuatir dasar dan plan baru yang diperkenalkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib akan meyakinkan rakyat.

PKR, sudahlah. Rakan kamu dari PAS sendiri benci dengan strategi kamu kerana strategi kamu ini salah. Jika BN membuat keputusan untuk tidak bertanding, nampaknya PKR tidak menang mudah. Terpaksa berhadapan dengan sahabat-sahabat mereka sendiri.

JANJI RAKYAT PENANTI TERGADAI..
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH PKR BERMAIN POLITIK DENGAN TAKTIK BURUK ...
SEHINGGAKAN PAS SENDIRI MAHU BERLAWAN DENGAN MEREKA
INILAH PERJUANGAN PKR...

Kemunculan Team Erdogan Mi Celup Semakin Terbukti - TIMB. PEMUDA PAS SOKONG NIK ABDUH


"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh."

Itulah reaksi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan yang menyokong pandangan anak Datuk Nik Abdul Aziz, Nik Abduh mengenai artikel 'Perkara Bodoh Dalam PAS'.


Ustaz Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena". Beliau juga menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.


"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.


PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.


Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.


Sementara itu, Ketua Dewan Ulama' PAS, Mohamed Daud berkata, dewan itu tiada masalah menyokong usaha Kerajaan Perpaduan PAS - UMNO "demi kepentingan Islam di samping usaha melaksanakan lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

4/29/2009

Dun Penanti - PAS BEKU JENTERA PILIHANRAYA, PRM JUGA NAK BERTANDING!


Keputusan sama ada UMNO akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya petang esok.

Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan-badan perhubungan Umno negeri.

Apa juga keputusan, UMNO Cawangan Gombak Selatan tetap menerimanya dengan semangat juang yang tinggi.

Sementara itu, PAS Pulau Pinang telah membeku jentera pilihanraya mereka bagi DUN Penanti setelah desakan parti itu terhadap Pakatan Rakyat agar meletakkan calon dari kalangan parti itu tidak dipedulikan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


PKR telah mengumumkan calon dari parti mereke iaitu Timbalan Pesuruhjaya PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman.


Nampaknya PAS Pulau Pinang semakin tidak yakin dengan perjuangan PKR setelah terbongkar rahsia mengenai taktik kotok PKR menjatuhkan bekas ADUN Penanti, Saudara Fairus.

Tindakan berani PAS Permatang Pauh itu menyebabkan De Facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk dan mungkin akan berbincang dengan Preseiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tata tertib terhadap mereka kerana melanggar etika Pakatan Rakyat.

Tetapi persoalannya selepas ini, adakah PAS akan beralah setelah pelbagai tuntutan dan desakan seperti penjualan arak, program IDance dan yang lebih penting perjuangan perlaksanaan Hudud dan Qisas ditempelak DAP dan PKR begitu sahaja.

Segala tuntutan PAS sebelum ini tidak pernah diambil kira oleh komponen Pakatan yang lain dan kemuncak pergelutan ini adalah pemilihan calon untuk DUN Penanti. PAS merasakan calon dari mereka lebih layak untuk menduduki kerusi DUN Penanti.

Sementara itu, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi DUN Penanti.

Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Katanya, Biro Politik parti itu telah bermesyuarat dan meneliti perkembangan politik semasa tanah air serta calon yang akan dikemukakan pada pilihan raya kecil tersebut.

“Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.

“Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.,” katanya.

Sewaktu PKR hendak diwujudkan, ada persefahaman awal PRM akan dibubarkan dan menyertai PKR tetapi cadangan tersebut ditolak, dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk bekas Presidennya, Dr Syed Husin Ali telah keluar meninggalkan PRM dan menyertai PKR.

Menurut Swe Yong, PRM berkesimpulan bahawa pilihan raya kecil Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa.

Katanya, penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Dengan pengesahan PRM akan meletakkan calonnya, PKR akan berhadapan dengan parti itu serta seorang calon bebas yang merupakan bekas ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

Inilah Pakatan Rakyat yang dikatakan bersatu. Satu suara hanya dimulut. Apabila masing-masing naik taring, mereka mahu lawan pula sesama mereka. Yang menjadi mangsa, rakyat di DUN Penanti. Sudahlah Fairus bertindak meletak jawatan dengan rasa tidak bertanggungjawab, bila hendak bertanding, Pakatan bergaduh sesama sendiri.

Adakah benar Pakatan membela nasib rakyat? Atau hanya untuk kepentingan masing-masing, seperti yang mereka tuduh ke atas UMNO?

Fikir-fikirkanlah...




4/28/2009

KETIADAAN LEMBAGA DISPLIN PAS - GERAK Desak SPRM Pantau Pemilihan PAS


Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.


Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.


Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.


Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun ini dijangka sengit dengan kerusi Presiden, Timbalan dan Naib dijangka menyaksikan pertarungan membabitkan dua kumpulan yang disebut-sebut sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan PAS asal atau ulama.SPRM sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini dan jika PAS memilih menolak cadangan ini, ianya pasti menimbulkan tanda tanya kenapa mereka takut berbuat demikian atau apakah PAS kini bukan lagi parti yang bersih.


4/27/2009

NIK AZIZ Sebenarnya Terima Kerajaan Perpaduan - ANAK NIK AZIZ DAKWA PEMBANTU BAPANYA BELAJAR AGAMA SEKADAR MI CELUP

"Mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga". Itulah kenyataan anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz.



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.


"Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga timbalan ketua pemuda PAS negeri juga menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)," tulis Nik Abduh.

Bagaimanapun, tulisnya, selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.

"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)," tulis Nik Abduh.

Menurutnya lagi, 'modus operandi yang sama pernah digunakan oleh pembantu bapanya itu berhubung isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebelum ini.

"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

"Saya diberitahu dari sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH," tulisnya.



Dakwaan Hadi Awang Konsep 1 Malaysia umpama Pepsi Cola - SLOGAN NEGARA ISLAM, APA CERITA?



Apabila Perdana Menteri melaungkan konsep 1 Malaysia sebagai wadah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, PAS nampaknya memperlekehkan lagi slogan ini dengan mengatakan bahawa ianya sekadar gimik politik UMNO. Tapi, sememangkan pembangkang sentiasa mencari jalan bagi menghasut rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional.

PAS yang merupakan parti minoriti di dalam Pakatan Rakyat telah mendakwa bahawa slogan 1 Malaysia samalah seperti iklan Pepsi dan Coca Cola.Nampaknya PAS tidak pernah berpuas hati dan bersyukur dengan hasrat dan plan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Apabila PAS memperlekeh slogan 1 Malaysia, teringat pula dengan slogan mereka yang ingin memperjuangkan sebuah negara Islam. Di mana perjuangan tersebut? Selangor, Penang dan Kedah yang baru ditakluki Pakatan Rakyat yang juga melibatkan PAS, kenapa tidak membuat usul mengenai Kerajaan Islam yang mereka perjuangkan?

Mereka mengatakan bahawa lebih 50 tahun BN memerintah tidak pernah mencapai matlamat (Buta mata ke?), adakah matlamat PAS memperjuangkan Kerajaan Islam tercapai?

Apabila PAS mencadangkan agar mengharamkan penjualan arak secara terbuka di kawasan Bandaraya Shah Alam, DAP terus melenting dan akhirnya, PAS menarik balik cadangan tersebut.


Usaha PAS membantah program IDance di Penang juga tidak berjaya apabila DAP yang menguasai Penang melenting. PAS beralah.

Begitu juga di Kelantan apabila Husam Musa menjanjikan Hudud dan Qisas akan dilaksanakan apabila Pakatan memerintah Malaysia, DAP melenting. Akhirnya Husam Musa menarik balik kenyataan tersebut.

Adakah konsep Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS itu berjaya? Belum laksanakan lagi DAP sudah melenting. Baru cakap soal pengharaman jualan arak DAP sudah melenting. Habis itu, bagaimana hendak melaksanakan Hudud? PAS mengatakan bahawa Pakatan Rakyat parti komponen yang mementingkan perpaduan kaum. Siapa yang bersatu? Sehingga cadangan yang menyentuh isu Islam diperlekeh DAP.

Sewajarnya PAS lebih ke arah memberi cadangan bagaimana usaha untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia ini lebih berjaya. Apabila hendak diadakan perjumpaan, PAS pula khuatir, takut DAP dan PKR mengamuk.


Satu Malaysia merupakan satu usaha untuk memperkasa perpaduan rakyat Malaysia. Tetapi hak kaum Bumiputra dan Islam tetap dipertahankan. Namun tidak memperlekehkan usaha agama dan kaum lain jika ianya tidak menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia.

Jangan takbur memperlekeh usaha Kerajaan Persekutuan. Mari bersama-sama mencapai usaha murni ini, Satu Malaysia. Berilah cadangan membina, bukan menhina konsep ini. Beri cadangan kepada Datuk Seri Najib, kerana beliau bersikap terbuka.

PRK PENANTI 31 Mei - SPR BAGI AMARAN.

Suruhanjaya Pilihan Raya SPR) menetapkan pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti akan diadakan pada hari Ahad 31 Mei ini sekiranya ada pertandingan yang akan berlaku.

Manakala penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu 23 Mei.

Pilihanraya kecil itu perlu diadakan berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR ,Fairus Khairuddin kononnya untuk melanjutkan pelajaran.


Mengumumkan keputusan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berkata, bermula pada pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR menguatkuasakan larangan kepada parti-parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi di saat-saat akhir pada hari pengundian.

Katanya, sekiranya parti yang terbabit tidak mematuhi larangan tersebut, calon yang bertanding boleh dikenakan tindakan hilang kelayakan sebagai calon dan sebagai pengundi selama lima tahun.


Pihak yang terbabit juga boleh dikenakan denda sebanya RM5,000, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya pagi Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut meminta parti-parti yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti itu tidak membawa terlalu ramai penyokong pada hari penamaan calon dan jangan berkempen pada hari pengundian bagi mengelakkan kekacauan.

Penamaan calon dan pengiraan undi bagi pilihanraya tersebut akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Pada pilihan raya umum lalu seramai 82.1 peratus pengundi keluar mengundi. Terdapat 15,384 pengundi berdaftar di DUN Penanti dengan pecahan Melayu seramai 72.68 peratus, Cina 24.22 peratus India 2.39 peratus dan 0.71 peratus lain0lain.

Ketika sidang media itu, Abdul Aziz turut ditanya kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Katanya, soal sama ada BN bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil berkenaan, ia tidak relevan kepada SPR.

Pihak Biro Politik UMNO sedang mengkaji samada akan menyertai PRK Penanti ataupun tidak kerana budaya tidak bertanggungjawab PKR meletak jawatan ADUN dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelan pembangunan yang telah dirancang. Selain itu, sikap itu juga akan memberi kesan terhadap wang rakyat kerana sejumlah perbelanjaan yang besar terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos PRK tersebut.


4/25/2009

TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN - Harapan UMNO Wilayah Persekutuan


Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat perlantikan baru Ketua-Ketua Badan Perhubungan UMNO. Nampaknya kali ini Wilayah Persekutuan diwakili oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pelbagai maklum balas diberikan mengenai perlantikan beliau. Bagi UMNO Cawangan Gombak Selatan, siapa sahaja yang dilantik, harapan tetap diberikan agar UMNO Wilayah akan lebih perkasa dan perpaduan UMNO Wilayah juga dapat dimantapkan lagi.


Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberikan satu transformasi baru dalam memperkasa UMNO Wilayah khasnya dan BN Wilayah amnya. Kemenangan majoriti Pembangkang di Parlimen-Parlimen Wilayah Persekutuan perlu diambil kira agar ia tidak lagi berulang pada PRU ke 13. Fokus untuk turun padang mengadakan perjumpaan bersama UMNO Cawangan-Cawangan di Wilayah adalah salah satu pendekatan terbaik bagi menyuntik semangat baru UMNO Wilayah. Tan Sri juga dapat mengenalpasti dengan lebih tepat masalah yang berlaku dan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat warga kota.


Di harap Tan Sri dapat melakukan yang terbaik demi kecemerlangan UMNO Wilayah Persekutuan. Selamat Berkhidmat, Tan Sri.



4/24/2009

Isu Politik Di Perak - CAKAP MACAM BAGUS, AJAK DEBAT KECUT PERUT

Kalau ikut cakap dan kenyataan yang dikeluarkan, dua orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor meng merupakan orang paling lantang mengkritik dalam isu-isu politik yang berlaku di negeri Perak.


Malah, mereka juga mempertikai secara terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tidak sah.


Namun, apabila ada usaha yang dibuat oleh pihak bebas iaitu Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) dan Blogger United menganjurkan debat rakyat berhubung isu-isu politik Perak, kedua-duanya tercari-cari alasan untuk mengelakkan diri.


Debat rakyat yang dijadual berlangsung Jumaat ini telah pun mendapat persetujuan peguam UMNO, Datuk Hafarizam dan seorang peguam bebas, Datuk Shafie Abdullah untuk hadir bgai menyertai debat berkenaan.


Bagaimanapun menurut sumber, Ngeh dan Nga memberikan alasan kononnya Majlis Peguam akan turut menganjurkan forum mengenai isu yang sama hari sabtu sebagai alasan tidak dapat hadir.

Sedangkan hakikatnya, Shafie akan turut hadir forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan.


“Soalnya kenapa kedua-dua mereka ini yang begitu lantang memberikan komen apabila dijemput untuk menjayakan debat rakyat memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Jika forum Majlis Peguam dijadikan alasan, Datuk Shafie juga akan pergi ke majlis yang sama, apa masalahnya pula,” kata sumber itu.


Ini jelas sumber itu menunjukkan, Ngeh dan Nga tidak berani berhadapan dengan fakta dan hanya berani membat tuduhan tanpa berani bersemuka dengan orang yang boleh dan mampu mematahkan kritikan mereka.

Sementara itu difahamkan, NPC yang menjadi penganjur telah diminta untuk menghubungi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah untuk hadir debat tersebut tetapi telah menolaknya.

NPC juga telah diminta untuk mendapatkan peguam Malik Imtiaz bagi mewakili pihak pembangkang. Namun jawapannya tetap sama - tidak bersedia untuk debat tersebut.

Apa cerita ni..