1/31/2011

TAHNIAH KEPADA CALON BARISAN NASIONAL !!!



Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492

POST BY DR.ME...

1/30/2011

SELURUH KAWASAN TENANG BANJIR !!!


Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir pada Ahad berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.Beliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang bertanding.(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

Abdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang,yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

POST BY DR.ME...

1/28/2011

RAKYAT TENANG KENA BUAT PILIHAN TEPAT !!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang,supaya membuat keputusan yang tepat dengan memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim sebagai wakil rakyat.Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting untuk rakyat di kawasan itu memilih calon yang selari dengan kerajaan negeri dan pusat agar segala permasalahan mereka dapat diselesaikan secara efektif kerana BN mempunyai kuasa pentadbiran.

Menurut beliau,ia terbukti apabila kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membangunkan kawasan sekitar Tenang.Sambil menyuarakan keyakinan bahawa BN mampu mengekalkan DUN Tenang dengan majoriti yang lebih besar, Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada sebab untuk rakyat di kawasan itu serta Johor keseluruhannya menolak BN yang telah banyak berjasa.

"Jika rakyat di sini memilih calon Pas (Normala Sudirman), wakil rakyat yang dihantar adalah pembangkang, dia ini bukan mempunyai kuasa pentadbiran, bagaimana hendak membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dijanji Pas.Pihak yang hanya boleh menyelesaikan permasalahan di Tenang ini adalah BN, apatah lagi dengan gandingan kerajaan negeri dan pusat," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di sini malam ini.

Mengulas lanjut,Muhyiddin berkata, tiada pihak yang boleh mempertikaikan jasa BN membangunkan negara dan ia terbukti apabila Johor kini muncul antara salah sebuah negeri termaju di Malaysia hasil perancangan strategik kerajaan.Mengenai kempen pembangkang yang 'menjual' isu harga barang naik, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk menstabilkan harga barang termasuk membuat kawalan harga terhadap barang-barang tertentu.

Katanya,tiada negara lain di dunia ini yang sanggup melakukan kawalan harga demi kesejahteraan rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Malaysia.

"Memang kita akui ada barang tertentu harganya naik kerana faktor pasaran tetapi ia jauh lebih rendah daripada negara lain, kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit dengan memberi subsidi demi kesejahteraan rakyat.Carilah di mana negara lain di dunia ini yang melakukan segalanya demi rakyat seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan BN," soalnya.

sumber dari utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/21/2011

TUN MAHATHIR MENJADI BAHAN KETAWA ORANG SINGAPURA !!!


Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi topik hangat apabila ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr. Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca, Sallim Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr. Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr. Mahathir.Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," katanya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," katanya.

Seorang lagi pembaca, Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr. Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau menyelidik dulu keadaan orang Melayu di sini.

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada bercanggah, malah sejajar dengan ajaran Islam.Kamariah berkata, kemungkinan Dr. Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis, Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Dr. Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura, bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat kaum Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr. Mahathir.Katanya, alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah tersebut.Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan kontroversial dan tidak semestinya semua dinyatakan beliau adalah benar.Namun, katanya, setiap manusia ada kelemahannya dan beliau amat terkejut apabila melihat surat mengutuk Dr. Mahathir, malah ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya sebagai 'seorang tua yang nyanyuk'.Walid berkata, walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.Katanya. Dr. Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia,bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam. Sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin Islam di mana-mana sahaja seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya, Dr. Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

"Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," kata Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, Walid bertanya, tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bahkan, katanya, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai 'Harimau Asia' oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.Walid berkata, Dr. Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia.

"Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam. "Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar. Kita tidak melihat masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," katanya.

sumber bernama

POST BY DR.ME...

1/20/2011

KERUSI PELABUHAN KLANG KOSONG !!!


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.Beliau berkata,keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai 2010 hingga Januari tahun ini.Menjelaskan rekod kehadiran wakil rakyat itu,Chang Kim berkata, Badrul Hisham hadir sidang pertama DUN pada 12 hingga 14 April 2010 iaitu sepanjang tiga hari ia berlangsung.

''Sidang kedua DUN pada 12 hingga 15 Julai 2010, beliau tidak hadir selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai.Pada sidang ketiga DUN 8 hingga 6 November lalu, beliau tidak hadir langsung tanpa sebarang alasan. Malah,beliau sendiri mengakui tidak hadir dalam sidang berkenaan melalui satu surat bertarikh 10 Disember.Dalam surat itu,beliau menyatakan menerima rawatan tradisional di Pahang ketika sidang DUN berlangsung dan saya membalas surat beliau pada 12 Disember dengan memaklumkan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Chang Khim berkata, keputusan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu dibuat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69 perlembagaan negeri itu.

Kata beliau,artikel tersebut menetapkan bahawa sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan selama enam bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.Malah katanya, keputusan itu juga dibacakan bersama dengan Artikel 70 (1) perlembagaan negeri.

Kata beliau, artikel itu menyatakan sultan hendaklah dari semasa ke semasa melalui proklamasi yang disiarkan dalam warta memanggil DUN bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput enam bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal berikutnya.

Ditanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diberikan notis mengenai kekosongan kerusi berkenaan, Chang Khim berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada suruhanjaya berkenaan tetapi belum menetapkan tarikh untuk berbuat demikian.DI PUTRAJAYA, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, suruhanjaya itu akan meneliti secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan di kerusi DUN Pelabuhan Klang.

"Setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuhnya sendiri. Seperti mana yang berlaku di kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah tempoh hari yang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan ekoran penyandangnya gagal menghadiri dua persidangan dewan, demikian juga di Selangor ini yang kita kena kaji dengan teliti undang-undang negerinya.Yang menentukan kekosongan sesuatu kerusi itu adalah SPR dan kita akan pastikan dalam tempoh 60 hari ini perkara ini dibincangkan. Kita masih menunggu surat rasmi Speaker (Chang Khim)," katanya kepada Utusan Malaysia.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...